Bertemu lagi di hari yang menjanjikan kebahagiaan buat anda semua. Berbicara tentang Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara tntu umum sudah tahu perkara tersebut.
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.
Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.
1. Sihat sebelum sakit - lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kpd diri anda dan orang2 disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua - waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin - Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah drp anda kerana sedekah yang ikhlas akan jd bekalan anda menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit - Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Hidup sebelum mati - Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan..bila anda telah tiada hanya amal soleh,sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.
Sebagai Khalifah di bumi Allah ini saya sekadar mengingati kepada anda di luar sana dan tentunya kepada diri saya sendiri, mgkin difinasi sy tidak sama dgn anda, apapun difinasinya renungkan dan fikir2kanlah. Salam mesra.
note : petikan dari http://idalara.wordpress.com/
Dari Ibnu Abbas, Sabda Rasulullah SAW:
Perhatikan besar 5 perkara sebelum 5 perkara. Hidupmu sebelum mati, kesehatanmu sebelum sakit, kesempatanmu sebelum repot, remajamu sebelum tua, dan kekayaanmu sebelum miskin.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
-
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United
Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan
prot...